Wednesday, April 28, 2010

Penat

27/04/2010 : ssesampai aje aku kt bk3 (bandar kinrara 3, puchong) je.. HUJAN (telah ku berikan semulaaa.. agar kau genbira sentiasaa) jadi, aku makan roti canai kt ehsan. berharapkan teman2 sejawat ku muncul. hanya kereta lalu lalang di persadai jalan. aku hampa dan mengoder lagi satu roti canai.. SEDAP KOT!! abes duit aku.. tp tak pe makanan punye pasal. sesudah menjamah roticanai 2 pinggan dengan ane yg tanak anta kuah dhall extra aku td aku pun smbung bermain basketball di dlm keadaan yg basah kuyup lenchun. org kt ehsan ni mesti pikir "hebatnya budak tuh.. semangat betul walaupun ujan terik" dalam interview bersama akak yg menjamah fries di restoran tersebut. "itu budak mmg banyak semagat punye.. satu ari dya misti bikin malaysia kicoh main itu bula.. apa itu.. buskitboll." ujar sammy, pelayan restoran mamak ehsan itu. sesudah itu aku telah teringat bahawa aku telah ikat janji bersama2 ben untuk beraksi di temasya sukan bola keranjang petang di balakongs. tp nampak gaya ben yg kong. so, aku meneruskan sisa2 kehidupan bola keranjang "lah you ni" dengan bermain bersama bangsa asing yg tidak asing lagi di dalam negara ini. mereka ni hebat. tidak kedaung tetapi ade satu je masalah mereka, diskriminasi (adik beradik air sarsi kola campur asam jawe). mereka berlawan 4 lawan 4. kerana mereka tak takut kalah 1 on 1. tidak dinafikan mereka mempunyai ketangkasan menyerupai aku dahulu tetapi mereka masih ada byk kesilapan, salah satu nya memandang rendah pihak lawan.

nasib masih lagi menyebelahi aku apabila yus (Cyclone) dari pada mana ntah dtg join aku bermain bersama 3 lagi rakan beliau (main tindih2). dengan itu menjadikan aku seorang yg bangga untuk show off skill and 1 aku yg kian lama lupus dari pandangan seorang adik. antara perkara menarik yg menarik perhatian aku yg tertarik lagi adalah fenomena sharpshooter. mereka yg berbangsa lain (diskeriminisasi), seolah2 datang dari kilang yg sama apabila, lontaran bola yg dilemparkan acap kali masuk ke dalam jaringan dengan sempurna. aku meng'agak'kan sebilangan dari mereka memang dilahir kan dengan cara lontaran sempurna olah kedua orang tua mereka. lontaran mereka yg tepat menyebab kan aku lumpuh dan hampir memamggil ambulance dari hospital berdekatan, hospital serdang jaya. namun hal itu tidak mematahkan semangat aku untuk men'dribble' bola dengan cemerlang ke kerangjang..eh..KERANJANG! pada akhir siaran perlawanan itu aku dinobatkan sebagai pemain handalan. dengan diiringi kompang dan irama techno yg gemilang aku dihadiahkan sebuah persungkuran oleh seorang 'mangkuk' (kata kerja adjective), dengan menangkis kaki kiri ku dengan lutut lompangnya. hadiah yg diberikan ini cukup untuk aku igt sehingga 2 hari lagi. menarikkan ceritera bangang aku ni. kesimpulannya makan kenyang2 dan solat lima waktu. sila hadiri ujibakat jika dikenakan saman 2 kali sehari. sekian.

Tuesday, April 27, 2010

It has begin. The new season..

pentas pertandingan bakal bermula, dan sekarang ni keinginan untuk berpeluh semakin membara. sebenarnya masih banyak lagi cara untuk mengembalikan tenaga dan stamina jitu selain daripada mengambil pil2 kuda, ma'ajun kuat atau ubat2an seperti vitamin b5, zinc dan juga zat besi yg diperoleh dari kilang besi Chia sg besi. jogging pagi2 buta, lompat froggers, gayut di hutan simpan, bungee jumping, lompat dari kuda bergerak, muntah laju2 dan yg berkaitan, mampu untuk mengembalikan stamina kambing dusun anak pak husin felda teluk panglima garang banting dimana ini adalah salah satu preparation menjelang musim yg baru ini.

musim ncbl (National Community Basketball League) akan kembali bermula. namun hingga kini aku masih belum mampu mencapai piawaian iso9002 mahupun dapat mengembalikan ketangkasan seperti diri aku yg lepas seperti contoh pd tahun 2005. oleh kerana stamina yg diperolehi mcm singa laut, rakan2 sejawat menggelarkan aku 'roket' kerana berupaya melompat dan mencetak majalah di bulan selama 2 jam. akibat ketagih dan tidak mempunyai girlfren tetap (taun 2005), aku menjadi hamba kepada aktiviti yg aku rasa dapat memenuhi masa depan. aktiviti yg dimaksudkan adalah bola "campak-masuk-dalam-bakul-yang-itupun-susah-nak-campak-masuk-tu-kenapa?" keranjang. dengan berbekal kan nasik lmak pattaya bungkus dan teh o ais ke gelanggang, tekadku ingin memulakan sesi latihan dengan cemerlang pada pagi esok insyallah aku harap akan tercapai. bekemungkinan jogging dari damansara damai (rumahku) ke pekan kuala selangor atau batang berjuntai, tapi apakan daya, mungkin tambang bas ke stesen bas kelang akan dibelanjakan. sementara diri ini belum kembali bekerja macam badak air, baik jika aku mempeluh kan badan dan kembalikan stamina saya yg mmg suka merpeluh (result spm bm dipenuhi air milo. oleh kerana itu bm dalam blog ini hampir gugur).

kini aku bernaung di bawah salah sebuah Kelab bola keranjang yg diberi nama 'GERIPIN' (GRIFFIN BASKETBALL CLUB). kesetiaan (loyal) diri ini pada team ni masih mendorongku dan juga semangat kengkawanku untuk berpupuk dibawah satu bumbong. masakan telah banyak tohmahan dan kritikan buruk lagi hodoh dilemparkan kepada pasukan ni, namun mereka masih berpegang tangan dan bersosial sesama mereka. namun begitu buatku ini adalah salah satu daripada pasukan yg cemerlang dari segi strategi dan juga management yg pernah aku jumpa sepanjang hayat aku buat masa ini. season 2009 yg lalu, aku bukan lah pilihan utama ntuk "starting 5 lineup" tp aku masih gembira dan bersyukur kerana berada di dalam pasukan ini (ayat berbaur mengampu).




antara lineup terawal pasukan aku. untuk list penuh pemain sila lawati
Griffin Basketball Club di facebook. snap ini diambil semasa perlawanan persahabatan yg 'ya aw aw' je dengan hurricanes. kebengangan aku terserlah semase gambar ini diambil kerana wan nak sepak aku dan hazwan tarik rambut aku dan sakit nye dirasai hingga ke butir2 terakhir akar umbi rambut ku. kejadian ini membuatkan aku touching dgn mereka sementara waktu. namun saudara penari tambahan, khaliq putrajaya, tidak dapat menghadiri majlis pecah tanah dan pecah amanah syarikat Griffin sendirian berhad.

diantara kebanyakan perlawanan persahabatan, aku mmg dapat hadir tapi tidak semua kerana jadual aku shooting terlalu penuh dan aku juga dipanggil dalam drama bersiri tambahan di astro prima drama "senja permai" dimana aku melakonkan watak gangster berkeranjang tahun lepas. griffin ditubuh kan oleh badan bukan bertubuh kental, saudara Syazwan dan diterajui oleh saudara penari khaliq putrajaya sebagai kapitan pertama pasukan ini. namun tahun 2010 memberi lebih banyak peluang kepada muka2 baharu seperti saudara kemal, adib, elmy, adli peserta tidak terpilih rajalawak astro musim 4 dan saudara rabun melampau Fattah the kings of khan. di perlawanan ncbl musim lalu pasukan kami dibungkus oleh pasukan sniper yg mmg tau snipe. antara perlawanan yg dijangka boleh menang adalah perlawanan diantara swoosh2, archers, zero. pasukan Griffin tidak menyesali kekalahan itu malah merekai meraikan dengan berparti di gelanggang yg diketuai oleh sebe buzz.



sesi memanaskan badan dan menambahkan ruam sebelum membaling bola dan memberi beras sbg makanan kpd burung exotic yg ada di kawasan pertandingan(tajaan beras Jasmine). keadaan masih tegang sebelum permainan batu seremban dimulakan.



haluan jog bertukar apa bila shaq memberikan arahan untuk mengejar Amisha Patel dan Salman Khan yg dtg ke Malaysia untuk photoshoot mereka di Balakong kebetulan pada hari pertandingan itu juga.

gambar ini diambil semasa pertandingan antara kelab2 komuniti bukan cina (ncbl) season 2009. pada perlawanan ini Griffin menentang pasukan froggers yg juga antara pasukan yg dikatakan jaguh kerana semangat kesukanan yg diberikan amat jitu dan masih memberi impak yg ketat kepada pasukan kami. oleh itu keputusan perlawanan berpihak kepada pasukan kami apabila skill2 tarian tradisional saudara khaliq putra tidak dapat dijawab oleh pihak lawan. antara yg menyumbangkan lagu2 80an dan retro adalah saudara patrick jr, saudara hazman, saudara faud maskulin dan yg lain2 yg mana kredibiliti juga ketangkasan menyerlah didalam perlawanan ini.



antara result yg membanggakan buat pasukan ini. kepuasan jelas terserlah di wajah mereka2 ini dengan keputusan 2subject kredit 3gagal dan 4lulus. mereka antara ahli2 pasukan yg bertungkus lumus untuk memastikan pasukan ini berdiri dan masih bertapak di dalam industri dan komuniti bola keranjang malaysia. juga tidak ketinggalan sebe (didalam gambar) sempat melihat sesi photoshoot salman khan di belakang gelanggang berkenaan. rakaman photoshoot salman khan dan amisha patel tidak dapat di post kerana saudara lensa fattah ingin mengabdikan gambar2 berikut sebagai koleksi peribadi beliau dan beliau dikatakan bangga dengan hasil fotografi pada hari itu.

ni antara nukilan yg 50% merepek dan 50% fakta. walau apapun ini adalah salah satu coretan rasa bangga aku terhadap pasukan yg aku bernaung dan merpupuk buat masa ini. majulah sukan untuk negara saya ini yg lagi machin dan bersengat :)

Wednesday, April 14, 2010

Awards

*drum roll* and the winner is... dah tentu org yg paling aku sayangi.. Nurshafira bt Zan. meh aku citer srba sedikit pasal beliau. dilahirkan di Shah Alam pada tarikh 28 December 1987, beliau adalah anak bongsu dari 5 beradik. (chewah) kalau ada award untuk 'the most beloved' atau 'the most understand-able' person in my life lah kan, dah tentu aku akan reward kt dak kecik ni. walaupun die ni kecik je org nye (dlm 154cm) tetapi tak dinafikan die mempunyai hati yg sgt tabah dan mampu memahami aku. untuk beberapa bulan aku tidak mempunyai tenaga untuk berdiri dgn sendiri, beliau telah byk menolong, berkorban masa, wang, aku dan bg semangat yg tak ternilai betul. sehingga arini aku tak tau bagaimana nak bg tau betape TERIMA KASIHNYA kt die.

berkenalan dgn die mmg tak penah dijangka. dan juga tak menyangka akan bersama dgn dia untuk sehingga kini. kalau nak cinta pasal sayang tuh mmg tak terkata. walau kdangkala rungutan sering terngiang kt tinge ni, aku masih boleh mendengar walau kdg2 emosi aku pon terganggu. dlm post ni aku nak menyatakan yg aku ingin mintak maaf pd beliau sebab sehingga kini aku masih menyusahkan dia.

genap 7 March 2010 yg lalu genaplah 2 tahun aku bersama dgn dia. mungkin pada org lain 2 tahun ini singkat, pada aku, aku dah tempuh mcm2 dugaan, suka duka sama2 ngan dia. kewujudan dia dlm idup aku betul mempengaruhi seluruh hidup aku. bagi aku, bersama dgn dak kcik ni bukan takat bercinta aje.. mcm berguru pon ade. aku makin dekat dgn-Nya. walau jahil.. kdg2 tuh bile aku lupa, dia yg pesan supaya aku melaksanakan tgungjwb seorang muslim. manusia dlm dunia ni tak ada yg sempurna. sengaja Dia jadikan mahluk-Nya berbagai ragam dan rupa supaya beringat. bg aku dunia ni cukup adil. kita je lalai kan? hehe..

post ini mmg aku tujukan khas ntuk beliau. dah takde org len dah jd pengganti. hanya dia je yg menerima aku seadanya. aku redha dgn kekurangan aku. tp tak bermaksud aku perlu berdiam diri dan tak lakukan ape2.. aku jugak perlu ubah diri aku supaya nnt mase akan datang aku dpt bg kebahgiaan ntuk dak kcik sorg neh..

www.kodakprinterink.com

For those who looking for printer ink at affordable price, i strongly recommend this site, checkout www.kodakprinterink.com. they have plenty variety of printer ink. its all u want printerink or toner site!
Kodak Printer Ink Cartridges

Tuesday, April 13, 2010

Perangai Manusia & Wang Ringgit

bengong kepala aku kejap memikirkan manusia yg sengal2 belaka. dok scroll2 facebook ni aku terjumpa satu post ni yg diilhamkan sendiri hasil nukilan ketidakpuasan hati seorang manusia. post sedemikian membuatkan aku rasa kecil hati dan merasakan yg selama ini aku hanya berkawan dengan topeng semata - mata. tidak lah terang benderang nama aku terpampang pada wall beliau.. tapi mmg aku dapat rasakan post itu mmg diajukan untuk aku.


alkisah bermula pabila aku tidak mempunyai wang yg sekata dlm kocek dan wallet aku. krisis melanda sana sini. lalu beliau menampilkan diri untuk menolong. aku tanpa segan silu meminta pertolongan bantuan wang kecemasan. bagi beliau jumlah sedemikian mungkin banyak. dan aku menerimanya dengan harapan akan membayar kembali wang dengan segera. namun nasib tidak beberapa menyebelahi aku. apabila project graphic yg ditawarkan terpaksa diextend untuk beberapa bulan. aku malu untuk menghadapi situasi ni. namun berbekalkan flu mask dan topeng ringan bukan berjenama kt umah, aku pun terpaksa buat muka seronok je setiap ari. tak tau yg tgh kusut pikir pasal duit.

namun tak lama itu satu sms smpai ke dalam telefon ku dimana aku masih gunakan hanpon nokia cap ayam (belum ilang lagi mase tuh). beliau ingin aku menyetelkan rm80 dimana masa itu 2 ari sebelum mak aku gaji. aku pun berjanji akan membayar kembali wang beliau dan setelah sepakat beliau bersetuju meminta aku bayar keseluruhan wang nya pada bulan julai. aku ok jelah. dan selang beberapa hari lepas tuh aku pun bank in duit beliau (duit mak aku). tanpa apa2 berita aku berharap tiada cacat cela dlm frenship ni. namun aku silap dimana semalam (12 April 2010) beliau dok post yg aku menipu katenye. munkin terbaca post2 lama yg aku penah ckp aku online guna nokia 5800.. takkan tak tau dlm famili aku ade masih ade lg mahluk yg pakai hp? adik aku sendiri guna hp tuh. pastuh mungkin terdengar dari rakan2 yang aku ke genting tempoh hari. katanya aku jalan2.. kalau dah org yg tanak memahami, aku nak buat ape lagi.. aku ke genting untuk urusan kerja. dan aku hampir 3 hari tak tidur untuk menyiapkan kertas kerja concert yg bakal diadakan. biarlah ape shj org nak kate. aku dah tak boleh nak buat ape lagi.

dan aku dah buat keputusan untuk tidak berhutang dgn sesiapa pun. menjelang khamis ni aku akan bank in duit beliau. dengan ini aku nak ucapkan selamat tinggal pada hp sony ku yg byk berjasa pada aku. demi memenuhi permintaan rakanku aku terpaksa menghadiahkan hp ni kepada kedai hp. juaall. amin. dunia ni mmg pelik sekejap je org boleh berubah. walau org yg terdekat di sisi kita sendiri.

Monday, March 8, 2010

Kerja

keje.. apa erti atau makna perkataan keje tuh. kalau dulu bangun seawal 6.30 pagi dan bersiap ke opis dan pabila tiba dimaki dan disumpah seranah oleh urusetia. hmm dah hampir 3 bulan aku berenti dari neraka sedemikian. Alhamdulillah maseh idup. kini aku sambung la sisa2 idup aku sampai aku tua. erti keje bagi aku skang ni, ialah bangun tido pukul 3-4 petang, melayari internet, jumpa client, buat design dapat payment. denga mmg la layan. tp, jerih woo! haha. teruk gak la kalau nak ikut kehendak client.. lebih2 client cina.. aku bersyukur aku kembali pd keadaan ini. dan aku percaya aku akan dapat apa yg aku mimpikan.

Wednesday, August 26, 2009

Kembali di Pagi Raya - CORNROWS

VIDEO Ini adalah hasil buatan Malaysia yg membanggakan. CORNROWS dianggotai oleh 4 anak muda iaitu WanShah, Emie, Along Sha'aa dan seorang anggota wanita yg kiut miut iaitu Najla.. Mereka tidak dinafikan mempunyai bakat yg besar dalam bidang nyanyi an RnB, (sebab penah ikot show derang). Dan pada tahun ini mereka tekad untuk menyiapkan EP mereka yg sulung sebelum bergegas ke bidang mainstream. Mereka juga amat sengal udang semasa melepak, kerana mereka amat peramah dan langsung tidak sombong. hehe.. ntah ape ntah aku ni. Btw enjoi lah lagu ni.. Yg mana lagu ni telah dicipta sendiri oleh salah srg anggota mereka iaitu WanShah. bile aku tgok lagu ni aku teringat kat Ruffedge buat lagu raya Urban. InsyaAllah kejayaan mereka akan tercapai. Amin.