pentas pertandingan bakal bermula, dan sekarang ni keinginan untuk berpeluh semakin membara. sebenarnya masih banyak lagi cara untuk mengembalikan tenaga dan stamina jitu selain daripada mengambil pil2 kuda, ma'ajun kuat atau ubat2an seperti vitamin b5, zinc dan juga zat besi yg diperoleh dari kilang besi Chia sg besi. jogging pagi2 buta, lompat froggers, gayut di hutan simpan, bungee jumping, lompat dari kuda bergerak, muntah laju2 dan yg berkaitan, mampu untuk mengembalikan stamina kambing dusun anak pak husin felda teluk panglima garang banting dimana ini adalah salah satu preparation menjelang musim yg baru ini.
musim ncbl (National Community Basketball League) akan kembali bermula. namun hingga kini aku masih belum mampu mencapai piawaian iso9002 mahupun dapat mengembalikan ketangkasan seperti diri aku yg lepas seperti contoh pd tahun 2005. oleh kerana stamina yg diperolehi mcm singa laut, rakan2 sejawat menggelarkan aku 'roket' kerana berupaya melompat dan mencetak majalah di bulan selama 2 jam. akibat ketagih dan tidak mempunyai girlfren tetap (taun 2005), aku menjadi hamba kepada aktiviti yg aku rasa dapat memenuhi masa depan. aktiviti yg dimaksudkan adalah bola "campak-masuk-dalam-bakul-yang-itupun-susah-nak-campak-masuk-tu-kenapa?" keranjang. dengan berbekal kan nasik lmak pattaya bungkus dan teh o ais ke gelanggang, tekadku ingin memulakan sesi latihan dengan cemerlang pada pagi esok insyallah aku harap akan tercapai. bekemungkinan jogging dari damansara damai (rumahku) ke pekan kuala selangor atau batang berjuntai, tapi apakan daya, mungkin tambang bas ke stesen bas kelang akan dibelanjakan. sementara diri ini belum kembali bekerja macam badak air, baik jika aku mempeluh kan badan dan kembalikan stamina saya yg mmg suka merpeluh (result spm bm dipenuhi air milo. oleh kerana itu bm dalam blog ini hampir gugur).
kini aku bernaung di bawah salah sebuah Kelab bola keranjang yg diberi nama 'GERIPIN' (GRIFFIN BASKETBALL CLUB). kesetiaan (loyal) diri ini pada team ni masih mendorongku dan juga semangat kengkawanku untuk berpupuk dibawah satu bumbong. masakan telah banyak tohmahan dan kritikan buruk lagi hodoh dilemparkan kepada pasukan ni, namun mereka masih berpegang tangan dan bersosial sesama mereka. namun begitu buatku ini adalah salah satu daripada pasukan yg cemerlang dari segi strategi dan juga management yg pernah aku jumpa sepanjang hayat aku buat masa ini. season 2009 yg lalu, aku bukan lah pilihan utama ntuk "starting 5 lineup" tp aku masih gembira dan bersyukur kerana berada di dalam pasukan ini (ayat berbaur mengampu).

antara lineup terawal pasukan aku. untuk list penuh pemain sila lawati
Griffin Basketball Club di facebook. snap ini diambil semasa perlawanan persahabatan yg 'ya aw aw' je dengan hurricanes. kebengangan aku terserlah semase gambar ini diambil kerana wan nak sepak aku dan hazwan tarik rambut aku dan sakit nye dirasai hingga ke butir2 terakhir akar umbi rambut ku. kejadian ini membuatkan aku touching dgn mereka sementara waktu. namun saudara penari tambahan, khaliq putrajaya, tidak dapat menghadiri majlis pecah tanah dan pecah amanah syarikat Griffin sendirian berhad.
diantara kebanyakan perlawanan persahabatan, aku mmg dapat hadir tapi tidak semua kerana jadual aku shooting terlalu penuh dan aku juga dipanggil dalam drama bersiri tambahan di astro prima drama "senja permai" dimana aku melakonkan watak gangster berkeranjang tahun lepas. griffin ditubuh kan oleh badan bukan bertubuh kental, saudara Syazwan dan diterajui oleh saudara penari khaliq putrajaya sebagai kapitan pertama pasukan ini. namun tahun 2010 memberi lebih banyak peluang kepada muka2 baharu seperti saudara kemal, adib, elmy, adli peserta tidak terpilih rajalawak astro musim 4 dan saudara rabun melampau Fattah the kings of khan. di perlawanan ncbl musim lalu pasukan kami dibungkus oleh pasukan sniper yg mmg tau snipe. antara perlawanan yg dijangka boleh menang adalah perlawanan diantara swoosh2, archers, zero. pasukan Griffin tidak menyesali kekalahan itu malah merekai meraikan dengan berparti di gelanggang yg diketuai oleh sebe buzz.

sesi memanaskan badan dan menambahkan ruam sebelum membaling bola dan memberi beras sbg makanan kpd burung exotic yg ada di kawasan pertandingan(tajaan beras Jasmine). keadaan masih tegang sebelum permainan batu seremban dimulakan.

haluan jog bertukar apa bila shaq memberikan arahan untuk mengejar Amisha Patel dan Salman Khan yg dtg ke Malaysia untuk photoshoot mereka di Balakong kebetulan pada hari pertandingan itu juga.
gambar ini diambil semasa pertandingan antara kelab2 komuniti bukan cina (ncbl) season 2009. pada perlawanan ini Griffin menentang pasukan froggers yg juga antara pasukan yg dikatakan jaguh kerana semangat kesukanan yg diberikan amat jitu dan masih memberi impak yg ketat kepada pasukan kami. oleh itu keputusan perlawanan berpihak kepada pasukan kami apabila skill2 tarian tradisional saudara khaliq putra tidak dapat dijawab oleh pihak lawan. antara yg menyumbangkan lagu2 80an dan retro adalah saudara patrick jr, saudara hazman, saudara faud maskulin dan yg lain2 yg mana kredibiliti juga ketangkasan menyerlah didalam perlawanan ini.

antara result yg membanggakan buat pasukan ini. kepuasan jelas terserlah di wajah mereka2 ini dengan keputusan 2subject kredit 3gagal dan 4lulus. mereka antara ahli2 pasukan yg bertungkus lumus untuk memastikan pasukan ini berdiri dan masih bertapak di dalam industri dan komuniti bola keranjang malaysia. juga tidak ketinggalan sebe (didalam gambar) sempat melihat sesi photoshoot salman khan di belakang gelanggang berkenaan. rakaman photoshoot salman khan dan amisha patel tidak dapat di post kerana saudara lensa fattah ingin mengabdikan gambar2 berikut sebagai koleksi peribadi beliau dan beliau dikatakan bangga dengan hasil fotografi pada hari itu.
ni antara nukilan yg 50% merepek dan 50% fakta. walau apapun ini adalah salah satu coretan rasa bangga aku terhadap pasukan yg aku bernaung dan merpupuk buat masa ini. majulah sukan untuk negara saya ini yg lagi machin dan bersengat :)

0 comments:
Post a Comment