Tuesday, April 13, 2010

Perangai Manusia & Wang Ringgit

bengong kepala aku kejap memikirkan manusia yg sengal2 belaka. dok scroll2 facebook ni aku terjumpa satu post ni yg diilhamkan sendiri hasil nukilan ketidakpuasan hati seorang manusia. post sedemikian membuatkan aku rasa kecil hati dan merasakan yg selama ini aku hanya berkawan dengan topeng semata - mata. tidak lah terang benderang nama aku terpampang pada wall beliau.. tapi mmg aku dapat rasakan post itu mmg diajukan untuk aku.


alkisah bermula pabila aku tidak mempunyai wang yg sekata dlm kocek dan wallet aku. krisis melanda sana sini. lalu beliau menampilkan diri untuk menolong. aku tanpa segan silu meminta pertolongan bantuan wang kecemasan. bagi beliau jumlah sedemikian mungkin banyak. dan aku menerimanya dengan harapan akan membayar kembali wang dengan segera. namun nasib tidak beberapa menyebelahi aku. apabila project graphic yg ditawarkan terpaksa diextend untuk beberapa bulan. aku malu untuk menghadapi situasi ni. namun berbekalkan flu mask dan topeng ringan bukan berjenama kt umah, aku pun terpaksa buat muka seronok je setiap ari. tak tau yg tgh kusut pikir pasal duit.

namun tak lama itu satu sms smpai ke dalam telefon ku dimana aku masih gunakan hanpon nokia cap ayam (belum ilang lagi mase tuh). beliau ingin aku menyetelkan rm80 dimana masa itu 2 ari sebelum mak aku gaji. aku pun berjanji akan membayar kembali wang beliau dan setelah sepakat beliau bersetuju meminta aku bayar keseluruhan wang nya pada bulan julai. aku ok jelah. dan selang beberapa hari lepas tuh aku pun bank in duit beliau (duit mak aku). tanpa apa2 berita aku berharap tiada cacat cela dlm frenship ni. namun aku silap dimana semalam (12 April 2010) beliau dok post yg aku menipu katenye. munkin terbaca post2 lama yg aku penah ckp aku online guna nokia 5800.. takkan tak tau dlm famili aku ade masih ade lg mahluk yg pakai hp? adik aku sendiri guna hp tuh. pastuh mungkin terdengar dari rakan2 yang aku ke genting tempoh hari. katanya aku jalan2.. kalau dah org yg tanak memahami, aku nak buat ape lagi.. aku ke genting untuk urusan kerja. dan aku hampir 3 hari tak tidur untuk menyiapkan kertas kerja concert yg bakal diadakan. biarlah ape shj org nak kate. aku dah tak boleh nak buat ape lagi.

dan aku dah buat keputusan untuk tidak berhutang dgn sesiapa pun. menjelang khamis ni aku akan bank in duit beliau. dengan ini aku nak ucapkan selamat tinggal pada hp sony ku yg byk berjasa pada aku. demi memenuhi permintaan rakanku aku terpaksa menghadiahkan hp ni kepada kedai hp. juaall. amin. dunia ni mmg pelik sekejap je org boleh berubah. walau org yg terdekat di sisi kita sendiri.

0 comments: